Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tajuk post kali ini berkaitan duit. Zaman sekarang ni takde duit, tak boleh hidup. Kenapa? Cuba tengok org miskin, dia takde duit tapi memerlukan duit utk teruskan kelangsungan hidup dia, org kaya pulak? Duit dah banyak, tapi tetap memerlukan duit utk teruskan kelangsungan hidup dia jugak.
Maksud yg sy cuba sampaikan kat sini, org miskin ke org terlajak kaya ke sgt memerlukan duit utk teruskan kelangsungan hidup. Zaman sekarang nak masuk tandas pun kena bayar duit kan.
Jadi macam mana nak dapatkan duit ni?? Kita kenalah BER'D.U.I.T.
BER'D.U.I.T utk dptkan duit?? Maksudnya??
Ok saya akan terangkan dgn cara mudah dan sy jamin semua org akan faham
BER'DIKARI
- Nak duit kenalah struggle sendiri, jangan meminta2 dkt org, selagi ada tenaga kerjalah. Melainkan kalau ada org nak bagi tu terima jelah ye . Hihi
BER'USAHA
-Kalau tak berusaha takkan duit tu dtg bergolek jatuh depan mata kita kan? Kita nak kita usaha, setakat cakap nak tapi satu kerja tk buat, mmg tak nampaklah duit tu
BER'ILMU
-Yes, nak dapatkan duit ni org yg takde ilmu pun boleh dpt. Tapi lebih bagus kalau kita ni berilmu pengetahuan, iyelakan zaman sekarang ni bukan kita sorang je yg perlukan duit, so tak pelik kalau ada segelintir manusia ni menipu utk dptkan duit dgn cara mudah atau dgn perkataan mudahnya menjadi "MONEY SCAMMER". So, kenalah berilmu supaya tak tertipu dengan mereka ni
BER'TAWAKAL
-Lastly, yg terbaik selepas semua tu ialah tawakal dan berdoa. Kita dah berdikari, berusaha,berilmu jgn lupa utk bertawakal dan berdoa. Itulah perkara terbaik kalau kita nak kan sesuatu dlm hidup kita nii.
Setakat itu dululah perkongsian sy mengenai duit nii. Terima kasih dan salam GST
No comments:
Post a Comment