Showing posts with label imei. Show all posts
Showing posts with label imei. Show all posts

Saturday, 14 January 2017

CARA UNTUK MENGESAN TELEFON HILANG ATAU DICURI

Assalamualaikum, pagi ini saya hendak kongsikan cara-cara untuk mengesan lokasi keberadaan telefon yang hilang ataupun dicuri. Terdetik perasaan ingin berkongsi ini kerana seorang sahabat APB (AkuPunya Blog) telah mengalami musibah dimana rumahnya dipecah masuk dan telefon bimbitnya telah dicuri pagi tadi. Semoga dipermudahkan urusan pencarian si pelaku tersebut.


Perkara yang perlu kita lakukan jika rumah kita dipecah masuk dan barang-barang peribadi dicuri semestinya melaporkan kepada pihak polis. Selain daripada itu juga, bolehlah cuba cara yang APB akan kongsikan ini. Cara-cara ini mungkin berkesan, bukan sahaja berkesan mencari telefon pintar anda, bahkan mungkin mencari keseluruhan barangan yang dicuri. Jom baca

1. Google ADM
Android Device Manager (ADM) adalah aplikasi yang dimiliki oleh Google secara rasmi. Alat ini mempunyai fungsi untuk mengesan telefon bimbit Android kamu. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, selain itu juga percuma.

Syarat yang harus dipenuhi untuk mengesan telefon bimbit anda adalah terhubungnya telefon anda dengan akaun Google. Tidak dalam keadaan mati dan harus juga dihubungkan ke internet.

Aplikasi ini juga dapat mengawal device dari jarak jauh, misalnya boleh memberikan bunyi terhadap telefon ataupun memadam fail-fail yang terdapat di dalam telefon tersebut.

2. Google Map
Aplikasi ini mempunyai kemampuan untuk mengesan pelbagai pergerakan yang dilakukan oleh pengguna dengan menggunakan GPS. Keuntungan dari membiarkan Google mengetahui lokasi anda adalah jika berlaku kehilangan, maka dengan mudah Google Map akan menunjukkan lokasi yang sesuai dengan kewujudan telefon bimbit anda yang hilang tadi.

3. Drop Box
Ciri Camera Gambar dalam Drop Box ini akan membuat kita tetap berhubung dengan akses cloud dari telefon bimbit yang hilang. Dengan demikian setiap kali telefon tersebut mengambil gambar, maka akan secara automatik ter-upload ke laman cloud. Sehingga kita tetap dapat memantau dan mengetahui dimana terakhir kali telefon tersebut aktif. Dengan demikian kita dapat mengetahui letak dan lokasi telefon tersebut.

4. Kawalan Jarak Jauh Samsung
Cara yang terakhir ini khusus bagi pengguna handphone Android berjenama Samsung. Samsung menanamkan aplikasi ini menggunakan ciri remote control dengan nama Find my Mobile.

Kita juga boleh melakukan kawalan jarak jauh yang berkaitan dengan telefon bimbit kita seperti memadam semua fail, menjejaki, menyembunyikan data, dan juga mengunci telefon bimbit. Bahkan ciri ini akan memberitahu kita melalui SMS setiap kali telefon ini berganti kad SIM.

Selagi telefon belum reset, maka semua akses tersebut masih boleh dilakukan.

5. Nyahaktifkan Melalui No. Siri Telefon.
Untuk mencari kembali peranti yang hilang, terdapat beberapa cara seperti menggunakan Find My Phone, Device Manager dan sebagainya, tetapi sekiranya semua gagal, cara terakhir adalah dengan mematikan telefon tersebut menggunakan IMEI.



IMEI merupakan sebuah nombor khusus untuk setiap telefon, yang mana biasanya dipaparkan dibahagian bateri atau kotak peranti berkenaan ataupun dail *#06#. Anda juga turut boleh menyemak IMEI peranti daripada telefon anda terus, iaitu:

Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

PCBS menggunakan nombor Mobile Equipment Identity (IMEI) untuk menyekat/mengaktifkan semula telefon bimbit yang hilang atau dicuri. Untuk menyekat atau mengaktifkan semula satu-satu telefon bimbit, pengguna yang telah berdaftar perlu memaklumkan rangkaian mudah alih mereka. Setelah dimaklumkan, pihak rangkaian mudah alih akan memeriksa rekod mereka untuk nombor IMEI telefon bimbit tersebut. Nombor IMEI itu akan diserahkan kepada sistem PCBS dengan permintaan sama ada untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit tersebut. PCBS akan menyebarkan maklumat untuk sama ada menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu kepada semua rangkaian mudah alih di seluruh Negara. Sejurus menerima maklumat ini, pihak rangkaian mudah alih tersebut akan menyekat/mengaktifkan semula telefon bimbit tersebut.

Perkhidmatan PCBS berasaskan web membolehkan pengguna mendaftar dan menyenaraikan sehingga 10 peranti dibawah mereka. Untuk penggunaan fungsi ini, pihak SKMM bersama-sama beberapa rakan kerjasama lain, termasuk PDRM menyediakan sebuah fungsi dinamakan Block My Phone. Daftar percuma DI : https://www.blockmyphone.my/


semoga perkongsian APB ini dapat membantu :) Terima kasih kerana membaca :)