Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Tuesday, 19 April 2016
Polis Dedah Faktor Wanita Punca Cubaan Bunuh Komando
MELAKA: Hasil siasatan awal pihak polis telah mengenal pasti faktor wanita adalah sebagai punca utama seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, cuba dibunuh di mana telah menyebabkan kecederaan teruk kerana dipukul di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin, lapor Berita Harian.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihak polis kini sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai telah terlibat dalam kejadian berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.
"Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa.
"Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya.
Sebelum ini, Koperal Mohd Daud Karim, 26, telah dijumpai oleh penduduk kampung di dalam Sungai Timun dalam keadaan cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai berkenaan.
Mangsa telah dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul seperti kayu dan bata oleh keempat-empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis
Polis mengenal pasti empat suspek utama dalam kes cubaan bunuh seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang disini yang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China pada awal pagi semalam.
Setakat ini, polis masih giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat mengenai punca dan motif kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan.
"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya sebagaimana lapor BH Online.
BH sebelum ini melaporkan, Koperal Mohd Daud Karim, 26, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)