Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, 25 April 2016

Dr. Vida Mungkin Tarik Balik Taja Kelantan

Penaja pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Dr. hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau akan menarik diri dari menaja skuad itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Menurut beliau, khabar angin yang tersebar dalam laman sosial yang mengatakan beliau akan berhenti dari menaja pasukan itu adalah susulan prestasi tidak menentu skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini. “Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan). "Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji)," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. Sementara itu, BH Online melaporkan Dr. Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya. "Bagaimanapun, apa-apa keputusan nanti membabitkan dua baki perlawanan dengan FELDA United dan Selangor, saya akan melihat prestasi mereka. Saya mahu mereka buktikan kesungguhan untuk memenangi semula 'hati' saya. "Saya cuma mahu Kelantan menghargai pengorbanan saya. Kemerosotan prestasi Kelantan turut menjejaskan imej dan jualan produk saya sebenarnya. "Malahan, banyak perancangan yang saya mahu lakukan kepada Kelantan gagal dan tidak menjadi termasuk pembinaan hotel PQPTRW," katanya.

Monday, 28 March 2016

"saya janji tidak akan ulanginya lagi ketika di stadium",- Datuk Vida


“SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itulah janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas aksinya sebelum ini di stadium dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan, laporSinar Harian.

Dr Hazmiza yang labih dikenali dengan panggilan Datuk Vida berkata, selepas teguran itu beliau telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu yang di mana katanya beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.

Semalam, Kevin telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Beliau meminta Datuk Vida  untuk mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.

Selain itu kata Kevin, Datuk Vida tidak boleh bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi, bahkan Datuk Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Menurut Kelvin, jika Datuk Vida melanggar peraturan lagi beliau mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal lagi.

Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.