Saturday, 30 April 2016

BUAT DUIT ONLINE TANPA MODAL



Yaaa, tajuknya memang sukar untuk dipercayai, tetapi itulah kenyataannya !!!

Adakah anda selalu mempunyai masalah kewangan ? atau anda ingin menambah pendapatan ? yang tidak memerlukan sebarang modal, bahkan 1sen pun modal tidak perlu dikeluarkan.

Bagaimana? mudah ! sangat mudah. apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik iklan yang disediakan, lengkapan survey untuk SYARIKAT BESAR LUAR NEGARA, dan bermain permainan yang dinamakan "Clixgrid" yang mana hasilnya anda akan dapat Sebanyak $10 !! bayangkan jika $10 itu beranak pinak dan semakin banyak . hanya dengan klik iklan, lengkapkan survey, dan bermain "Clixgrid"

jika anda sudah bersedia untuk menjana wang tanpa modal sila klik iklan diatas dan Sign up.
apa yang anda perlu lakukan setelah sign up ? KLIK IKLAN, LENGKAPKAN SURVEY UNTUK SYARIKAT BESAR LUAR NEGARA, DAN BERMAIN "CLIXGRIDS" dan jana pendapatan lebih daripada $100 dalam masa hanya sehari !!!
Selamat menjana wang 

Tuesday, 26 April 2016

Petua hilangkan batuk dan selesema

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dihinggapi batuk dan selsema. Pengalaman saya membesarkan 3 orang anak juga tidak terkecuali dari situasi ini. Sebagai ibu dan bapa seboleh-bolehnya dah tentu kita tidak mahu terlalu kerap memberikan anak-anak kita sumber ubat-ubatan yang sememangnya terkenal dengan kesan jangkamasa panjang dan kehadiran dadah. 


Sekiranya anak-anak masih aktif dan bagi bayi yang menyusu, ia masih menyusu seperti biasa, itu adalah normal. Para ibubapa boleh mencuba petua-petua yang bakal dikongsikan nanti.

Tetapi, awas sekiranya demam, batuk atau selsema mereka berlarutan, malah anak-anak kelihatan lesu, kurang selera makan @ menyusu, segeralah dibawa ke hospital, dapatkan nasihat dari yang lebih arif dan pakar.

Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, kebiasaannya doktor tidak akan memberikan apa-apa ubatan kerana dari segi perubatan, ianya adalah normal bagi bayi kerana mungkin terdapat lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu, batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah dan najis. Jika diberikan ubat pun dosnya adalah kecil 1ml ke 2ml sahaja.



Perkongsian dari seorang sahabat saya yang bekerja sebagai pembantu perubatan, adalah tidak elok memberi bayi yang kurang dari 6 bulan ubat-ubatan, kerana dikhuairi imunisasinya terbantut, sistem pertahanan badannya sering memerlukan ubat-ubatan untuk melawan penyakit. Ini adalah perkembangan yang tidak baik bagi anak-anak. 

Bagi saya sendiri, saya telah tersalah langkah kerana terlampau risaukan anak saya yang baru berumur 2 bulan pada ketika itu, kerana batuknya seolah-olah, berterusan dan tidak berhenti. Saya telah memberikan dia ubat batuk dan demam pada ketika itu dalam dos yang agak tinggi saranan dari sebuah klinik swasta. Namun, setelah mendapat nasihat dari sahabat saya hentikan ubat tersebut dan hanya mengamalkan petua-petua disamping berdoa.. jadi, sahabat-sahabat jangan lakukan kesilapan seperti saya!

Sebelum saya kongsikan petuanya, ketahui dulu apa puncanya batuk dan selsema ni? Kalau nak tahu petua, haruslah teruskan pembacaan yer.. ;) 




"Penyebab utama virus batuk dan selsema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas dikawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan."-Kementerian Kesihatan

Selain itu, ianya mungkin juga disebabkan reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Faktor cuaca juga memainkan peranan, terlampau sejuk atau terlampau panas. 

Cuaca yang semakin tidak menentu ini menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti virus, bukan setakat anak kecil teapi orang dewasa juga mengalami situasi ini.




Jadi, apa cara yang boleh mengurangkan simtom batuk dan selsema anak-anak kita? Para Ibubapa bolehlah berikhthiar dengan cara berikut, mengikut keselesaan dan keserasian disamping berdoa kepadaNya.

1. Berikan anak rehat yang secukupnya dirumah 
Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama. 

2. Sentiasa bersama anak
Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.

3. Bersihkan peralatan , rumah dan juga pakaian.
Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.

4. Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.

5. Tepuk Percussion
Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)

6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:
  •  2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen  
  • Tambahkan sedikit minyak zaitun
  • Tambahkan air panas
  •  Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.

7. Penjagaan makanan Ibu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.
Anda mungkin meminati : SET MENYUSU

8. Kunyit
Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

9.Bunga belimbing dan air beras
Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.

10. Daun basil, oregano dan daun sireh
Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.

11. Lemon, halia, madu
Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.

12. Garlic Socks
Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.

13. Mandian lemon
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

14. Minyak bawang putih
Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.

15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Monday, 25 April 2016

Dr. Vida Mungkin Tarik Balik Taja Kelantan

Penaja pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Dr. hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau akan menarik diri dari menaja skuad itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Menurut beliau, khabar angin yang tersebar dalam laman sosial yang mengatakan beliau akan berhenti dari menaja pasukan itu adalah susulan prestasi tidak menentu skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini. “Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan). "Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji)," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. Sementara itu, BH Online melaporkan Dr. Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya. "Bagaimanapun, apa-apa keputusan nanti membabitkan dua baki perlawanan dengan FELDA United dan Selangor, saya akan melihat prestasi mereka. Saya mahu mereka buktikan kesungguhan untuk memenangi semula 'hati' saya. "Saya cuma mahu Kelantan menghargai pengorbanan saya. Kemerosotan prestasi Kelantan turut menjejaskan imej dan jualan produk saya sebenarnya. "Malahan, banyak perancangan yang saya mahu lakukan kepada Kelantan gagal dan tidak menjadi termasuk pembinaan hotel PQPTRW," katanya.

Friday, 22 April 2016

Telefon Kecil ini Dipercayai Direka Khas Untuk Banduan Dalam Penjara, Boleh 'Ghaib' Dari Dikesan

Ketika Samsung dan Apple sedang berlumba-lumba ke arah peranti telefon yang bersaiz besar, ada syarikat lain yang cuba berusaha membuat telefon yang bersaiz sekecil-kecilnya. Seperti contoh, telefon Zanco Fly, yang dinamakan sebagai telefon terkecil di dunia yang dipercayai mensasarkan golongan banduan di dalam penjara. Dengan panjang 71.8 mm dan lebar 23.5 mm, telefon kecil berharga $40 (RM156) itu cukup kecil untuk diseludup masuk ke dalam penjara. Dan antara cara popular untuk menyeludup dan menyorok telefon itu adalah dengan meletakkannya di dalam punggung. Telefon ini tidak boleh dibeli dari kedai-kedai elektronik tapi ia dijual secara meluas secara online di Amazon dan eBay. Ia dipercayai disasarkan untuk banduan dan mendakwa ianya diperbuat 100% dari plastik dengan tagline 'beat the Boss', yang bermakna ia tidak boleh dikesan oleh sistem pengesan B.O.S.S. Seorang 'pembeli' menulis : "Sangat kecil dan senang/kurang sakit untuk disembunyikan".
Odditycentral melaporkan, salah seorang reseller telefon tersebut berkata telefon Zonco Fly popular kerana peranti itu mudah dimasukkan di dalam penjara. Laporan itu juga menyebut, difahamkan syarikat yang membuat telefon tersebut memperoleh keuntungan sebanyak $100 juta setahun.
Sumber : http://www.odditycentral.com/

Wednesday, 20 April 2016

Selalu Nampak 'Ulat' Ni Terbang Di Mata Anda? Jom Baca Penjelasan Kejadian Ini


Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat "tranparent" seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?

Untuk pengetahuan anda, ia adalah  ‘muscae volitantes’ atau 'flying flies' dan ianya bukanlah kerana terdapat ulat atau objek pelik di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.

Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.


Maka terhasillah paparan-paparan seperti 'ulat terbang' yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.

Jika anda ini melihat dengan lebih jelas 'ulat terbang' ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.

Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin dekat banyak "ulat-ulat" itu terhasil di retina.

Tuesday, 19 April 2016

Polis Dedah Faktor Wanita Punca Cubaan Bunuh Komando


MELAKA: Hasil siasatan awal pihak polis telah mengenal pasti faktor wanita adalah sebagai punca utama seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini,  cuba dibunuh di mana telah menyebabkan kecederaan teruk kerana dipukul di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin, lapor Berita Harian.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihak polis kini sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai telah terlibat dalam kejadian berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

"Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa. 

"Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya.

Sebelum ini, Koperal Mohd Daud Karim, 26, telah dijumpai oleh penduduk kampung di dalam Sungai Timun dalam keadaan cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai berkenaan.
Mangsa telah dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul seperti kayu dan bata oleh keempat-empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis

Polis mengenal pasti empat suspek utama dalam kes cubaan bunuh seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang disini yang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China pada awal pagi semalam.

Setakat ini, polis masih giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat mengenai punca dan motif kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan. 

"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya sebagaimana lapor BH Online.

BH sebelum ini melaporkan, Koperal Mohd Daud Karim, 26, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya.

Wanita Dicekup Berkhalwat Terkejut Suami Hadir Bersama Keluarga Sebagai Penjamin

MELAKA: Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain terkejut selepas suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), lapor Sinar Harian.

Wanita berkenaan yang berusia 23 tahun yang berasal daripada selatan tanah air itu telah ditahan oleh penguatkuasa Jaim bersama seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan ini telah ditahan kira-kira jam 2.45 pagi semalam dan pada mulanya lelaki berkenaan menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya,"katanya.

Rahimin memberitahu, wanita tersebut terkejut selepas keluarganya yang datang sebagai penjamin membawa suaminya sekali bersama.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Dalam operasi yang bermula bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,”katanya.

Monday, 18 April 2016

'Strong' El Nino to cause low rainfall in Malaysia

Malaysia’s rainfall intensity is expected to reduce by 20 to 60 percent starting this month, following the El Nino phenomenon currently sweeping the country.

Meteorological Department director-general Che Gayah Ismail said the current El Nino level was categorised as ‘strong’ and the country’s temperature is expected to rise between 0.5 to two degrees Celsius.

She said the strong impact of El Nino would continue until April with the northern states in the peninsula starting to feel its effects.
“El Nino’s strong impact will be felt by all the states in the peninsula, Sabah as well as in the Miri and Limbang divisions in Sarawak by the end of this month.
“If we look at the records, the country’s maximum temperature when hit by El Nino in 1998 had reached 40.1 degrees Celsius,” she said.
“Therefore we do not rule out the possibility that the same situation will be repeated,” she added.
El Nino is a warming of the sea surface temperatures which occurs six months in a row every two to four years in the eastern Pacific Ocean.
It can cause a chain of climate change worldwide, among them heavy rainfall in some areas and prolonged drought in others.
The United Nations (UN) released a statement in December last year stating that the El Nino phenomenon was sweeping across the world and that the phenomenon which began with mild and localised conditions in the Pacific in late 2014, had now intensified to cover large portions of Asia and the Pacific.
El Nino is likely to have profound effects on central and southern India, central and north-east Thailand, the central and southern Philippines, northern Cambodia, eastern Indonesia, Papua New Guinea and many Pacific island nations.
In the meantime, Che Gayah said the intensity of El Nino was expected to reach its peak this month, and gradually weaken from February, and the situation is expected to become neutral after June this year.

Pelajar Peluk Islam Dihadapan Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka : "Saya Terima Hidayah Malam Ini"


Melaka, 17 Apr - Ceramah Dr. Zakir Naik di Melaka hari ini menyaksikan seorang pelajar UTeM mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah antarabangsa itu.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalan mengenai Islam daripada Dr Zakir.


Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi itu,  yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan sebarang pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu. Selepas menunggu lama akhirnya saya menerima hidayah untuk memeluk Islam malam ini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.


Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.



Di Twitter, orang ramai mula mengucapkan syukur dengan berita gembira itu. Menerusi tweet video yang dimuat naik, kedengaran pelajar terbabit mengikuti Dr. Zakir Naik mengucap dua kalimah syahadah.




Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.

Dr. Zakir menyampaikan syarahannya bertajuk Islam-Masalah dan Penyelesaian Untuk Kemanusiaan








Monday, 28 March 2016

"saya janji tidak akan ulanginya lagi ketika di stadium",- Datuk Vida


“SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itulah janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas aksinya sebelum ini di stadium dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan, laporSinar Harian.

Dr Hazmiza yang labih dikenali dengan panggilan Datuk Vida berkata, selepas teguran itu beliau telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu yang di mana katanya beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.

Semalam, Kevin telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Beliau meminta Datuk Vida  untuk mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.

Selain itu kata Kevin, Datuk Vida tidak boleh bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi, bahkan Datuk Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Menurut Kelvin, jika Datuk Vida melanggar peraturan lagi beliau mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal lagi.

Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.


Tips Mudah Untuk Bersihkan Belakang Kuali Yang Sudah Hitam Berkerak Seperti Baru



Kuali yang kita pakai seharian sudah pasti akan menjadi hitam di bahagian belakangnya kerana nyalaan api yang tidak sempurna iaitu api bewarna kuning menghasilkan jelaga menyebakan ia melekat di belakang kuali.

Ada yang suka belakang kuali bewarna hitam dan ada yang tidak suka, admin pernah terdengar sembang-sembang orang-orang tua zaman dulu yang mereka suka belakang kuali hitam, kenapa mereka suka belakang kuali hitam berjelaga.

Rupanya, apabila belakang kuali hitam, ia lebih cepat meresap haba api yang membakar menyebabkan kuali lebih panas berbanding kuali yang tidak berjelaga.

Apapun, admin kongsikan sini bagi mereka yang hendak membuang kerak-kerak jelaga hitam di belakang kuali berkenaan dengan mudah dan berkesan.

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj, jom kita baca cara-caranya.

Cara basuh belakang kuali.

1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar( supaya senang nk rendam kuali @periuk)

2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.

3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.

4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Selamat mencuba!!

Friday, 25 March 2016

Interview Dengan Mertua Orang Terengganu

Mertua: Mu orang mane? 

Bakal Menantu: Kodiang Mak Cik.

Meetua: Kuaja mung, belung gapo-gapo lagi soh aku diang (diam)


Sumbangan: Srox

apabila istilah komputer diterjemahkan dalam bahasa melayu

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Bukti: GOOGLE TRANSLATE

Lawak Hambar

  1. *Sekolah Rendah* → Math dapat A → Cikgu "tahniah awk dpt A" → *Sekolah Menengah* → Math dapat A → Cikgu "dapat A ? kau tiru siapa hah ?"
  2. Langit takut kehilangan bintang. Laut takut kehilangan ombak. Begitu juga dengan diri saya yang takut kehilangan awak ❤
  3. Even awak sygkan seseorang tu , tapi kalau dia bukan jodoh awak tetap akan berpisah , awak harus faham , Cinta Perlukan Pengorbanan :')
  4. *pergi masjid* *senyum depan tabung masjid* Imam "Kenape senyum depan tabung ?" Me "Senyumkan sedekah" *Imam senyum depan tabung jgk*
  5. Sebut "SAYA" terlalu formal. Sebut "ANA" bajet islamik. Sebut "I" kata gedik. Sebut "AKU" kata kurang adab. Habis nak guna apa ? "TENUK" ?
  6. Bertemu→Berkenalan→Bermula perhubungan→hadirnya insan ke 3→terpaksa berpisah→10 tahun→dgn izin الله →cinta bersatu semula→Ini Jodoh ❤
  7. Kita nampak Bulan, sedangkan Bulan itu sangat Jauh dengan Kita. Kita tak nampak Allah, tapi sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan Kita ❤
  8. Mencium dαhi sαhαbαt αdαlαh sunnαh Rαsulullαh. Rαsulullαh sentiαsα mencium dαhi sαhαbαt bαgindα αpαbilα bαgindα rindu terhαdαp sαhαbαtnya ❤
  9. *Pencuri yang Sopan* Hai. Izinkan saya mencuri hati awak ? Saya janji saya takkan jual atau pulangkan balik. Sweet ❤
  10. BF marah GF ➜ GF lari ➜ BF kejar ➜ BF tangkap GF ➜ GF tampar BF ➜ BF tampar GF ➜ GF tampar balik ➜ Mereka mati akibat main tampar² ➜ Bahagia




  1. Bermula dengan CHATING diikuti dengan DATING dan diakhiri dengan BUNTING dah dapat anak mula nak MELENTING , Girls Only , hmm ..
  2. Awak tengok bulan , terang tak bulan tu ? terangkan , macam tu lah terangnya hati saya ni bila awak ada dengan saya ❤
  3. Bapakku pulang dari kota, bapakku belikan BlackBerry, BlackBerry kecil warna merah. boleh ku bawa ke sekolah. Tweet Tweet Tweet Tweet Tweet
  4. Keikhlasan itu umpama Seekor Semut Hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ia Wujud, tapi amat sukar dilihat ✔
  5. Jangan TERLALU bangga pegang tangan orang yg belum halal untuk kita. Tapi BERBANGGALAH pegang tangan seorang IBU yg menjaga kita dari kecil.
  6. Hαndsome tαk semestinyα sweet . Cαntik tαk semestinyα setiα . Hodoh tαk semestinyα curαng . Bodoh dαh semestinyα bαngαng
  7. Kami Single → tak Topup → Kami Special → Kami bebas → kami Awesome → Cinta kami Limited Edition → Cinta kami sekarang hanya untuk Allah ❤
  8. Kalau BERCINTA, Janganlah seperti NOBITA yang selalu putus asa. Biarlah jadi macam DORAEMON yang selalu penuh dengan keajaiban ❤
  9. Bila lelaki menyatakan HASRAT nak menikahi seseorang wanita itu, dan wanita itu menjawab "YA", itu dianggap sebagai BERTUNANG ❤
  10. BAHAGI masa → DARAB rindu → TOLAK cemburu → TAMBAH kasih sayang→In Shaa Allah bahagia .Ohh, Matematik Cinta ❤

  1. Lelaki yg bergaduh sebab seorang perempuan mungkin nampak "bodoh" dimata perempuan,tetapi disebaliknya dia hebat mempertahankan hubungan dia
  2. Bf: Sayang, i ada sesuatu nak tunjuk. Gf: Apa ? Bf: Tadaaa, surprise. Gf: Apa ini ? Bf: Kenalkan ini bakal gf baru saya Gf: eh? eh? setan !
  3. PEREMPUAN bukan "DADAH" yg harus dinikmati. Bukan "GAME" yg harus dimainkan.Bukan "ROKOK" habis dihisap lalu dibuang .Hargailah PEREMPUAN ❤
  4. Hati mencintai , menjadi satu tanggungjawab untuk tegur salah silapnya. Logiknya, orang akan mendengar nasihat dari insan yg dia sayang ❤
  5. Saya gagal→ dalam bidang→ matematik→ sebab saya→ tidak boleh→ nak bahagikan →kasih sayang →saya terhadap→ awak kepada →orang lain :')
  6. Order Mcd → Order Teh Ais → takde → order Nasi Goreng → takde → tanya "kenapa takde ?" → mcd jawab "Terajang Goreng ada , nak tak ?" *cedih*
  7. Isteri: abang jom main sembunyi-sembunyi nak ? Suami: Taknaklah. Isteri: Kenapa ? Suami: Sebab wanita macam awak sukar ditemui . sweet ❤
  8. Allah turunkan hujan, utk pelangi muncul disebalik awan. Allah turunkan musibah, untuk didik hati kita supaya berubah lebih baik ❤
  9. Kelas bising → ketua kelas bangun pergi dekat blackboard → garis tengah → tulis L | P → nama murid yang bising ❤
  10. Dia tak menangis, tapi jangan sangka hati dia begitu juga. Luarannya nampak kuat, kenyataannya dia hanya bertahan & menangis dlm diam :')

  1. Cemburu tandanya sayang. Cemburu buta tandanya, nak pelempang ? , nak sebelah kiri ke kanan ? hmm .. *cedih*
  2. Sahabat adalah seseorang yang selalu ada disamping awak. Yang sabar mendengar keluh kesah awak dan bersedia menemani awak menjalani hidup :)
  3. Cerita Keling → sikit² joget , Cerita Korea → sikit² nangis , Cerita English → Sikit² Kissing , Cerita Twitter→ Mati & Hidup Semula *cedih*
  4. CINTA boleh diibaratkan seperti menanam sebatang pokok . Jika kita sabar , pokok itu akan menjadi pokok yang sangat besar , kuat dan teguh ❤
  5. bukak facebook ➜ loading ➜ ada 583 notifications ➜ terkejut ➜ teruja ➜ bangga ➜ rupanya group event dgn invite game ➜ cedih ➜ hmm ..
  6. "Jangan kamu menangis jika putus hubungan, tetapi ucaplah Alhamdulillah sebab dijauhkan drpd orang yang tidak reti MENGHARGAI kita" ❤
  7. Lelaki yg betul² IKHLAS Cintakan awak tak akan melakukan sesuatu yg akan menjatuhkan MARUAH Awak melainkan Dia akan MELINDUNGI Awak ❤
  8. Saya mampu ADD awak di FB saya, Tapi saya belum mampu ADD awak di dalam HATI saya, Selagi ALLAH belum APPROVE awak jadi halal untuk saya ❤
  9. SUPERMAN boleh bawa awak terbang , BATMAN boleh bawa kereta yg laju , SPIDERMAN boleh swing sana sini , BERIMAN boleh bawa awak ke Syurga ❤
  10. Saya ada kekasih. Dia call saya 5 kali sehari. Dia memahami saya. Dia tak pernah lupa janji Dia untuk sentiasa bersama saya, ALLAH S.W.T ❤